Tuesday, May 9, 2017

G-Shock X Krink Limited Edition Collaboration DW-6900KR-8JR

The Tokyo-based Kinetics brand has announced a new KRINK x G-Shock collaboration watch. The DW-6900KR-8JR is a unique sparkly metallic silver color. This limited edition features the "KRINK New York City" text in several places. And it looks like the face plate around the LCD has a shiny mirror finish.








Jom layan gambar G-Shock x Krink ni. Siver yang mengancam. Merelit dan merecik.

Casio G-shock FROGMAN GW-206K LRG Lifted Research Group titanium diver

Very rare 200 series Frogman... titanium case with white resin band and bezel.  The LRG Frogman came out in 2008 and only 1000 were made, with a retail price of $600. 











Jom layan-layan gambar leleh nih...kalau ada yang berminat boleh cari di ebay. Harga lebih kuran USD600 je.

Monday, May 8, 2017

KAWS and Nike join forces

Lush grey suede. Glow-in-the-dark soles. And the artist’s signature “XX” emblazoned on the heel. KAWS, the graffitist turned pop artist, brings his streetwise sensibility to the Air Jordan IV in this fresh new collaboration. The Jordans’ air pockets and Jumpman remain. But they get a muted new colorway from KAWS, with soft grays borrowed from the artist’s iconic Companion character. Embrace the monochrome with this collection from the new Nike x KAWS collaboration.














Sneaker harus untuk kolekter Air Jordan dan KAWS. Harga kat ebay lebih kuran USD1,500.00. Kasut nih tak banyak di pasaran. Very special and limited edition.

Tuesday, March 14, 2017

Cerita - Ada apa dengan BUNDLE?


Apa itu Pakaian Bundle...???
Pakaian bundle ni memang dah lama ada dekat malaysia ni. kalau dari zaman bozzo sekolah dulu memang orang dah sibuk-sibuk nak mencari bundle terutamanya budak-budak yang gilakan barang branded. Berebut-rebut pergi kedai bundle kalau stok baru masuk... Pengalaman bozzo slalunya akan perati dulu baju2 yang gantung kat luar kedai. Kalau ada yang keromot tu maknanya baru pecah le tu so boleh serbu. Standard sejam dua selam satu kedai tu kejap le tu. 


Tapi apa sebenarnya pakaian bundle ni?
Pakaian bundle ni sebenarnya pakaian yang terpakai yang diimport dari luar negara seperti US, Jepun, UK, korea dan negara-negara eropah lain. Pakaian-pakaian ini akan dikumpulkan dan dibungkus dalam guni. Inilah yang dipanggil BUNDLE. Guni-guni bundle ini kemudian akan dijual kepada pembekal secara pukal. Selain daripada pakaian terpakai, ada juga pakaian baru. Kita boleh jumpa pakaian tu siap dengan tagging dia lagi. Kemungkinan besar pakaian ini dibeli dan tidak dipakai langsung atau pakaian ini adalah pakaian reject/ stok lama dari kedai. Tapi janganlah terlalu berharap seluar baju gini pasal memanglah sangat jarang dijumpai. Jangan mimpilah pulak nak jumpa Levis 501 Made in USA saiz 42 srink to fit dengan tag. 



Jenis pakaian bundle...???
Jenis pakaian yang ada dalam bundle macam-macam dari kemeja & t-shirt sampailah ke seluar dan macam2 lagi. Memang 1001 macam jenis pakaian. Tapi selain pakaian biasa ada juga bundle kasut, selimut, toto, langsir dan macam-macam lagi lah. Selagi benda tu boleh digunakan semula, walaupun kengkadang ada juga yang koyak rabak, memang akan dijual sebagai bundle.



Ape yang menariknya pakaian second hand ni...??
Kepada mereka yang tak pernah atau tak minat pakai bundle ni mesti pelik kenapa ada orang suka dan sanggup pakai pakaian terpakai. Tak kurang pula yang geli kerana menganggap pakaian ni bekas orang lain dan kotor. Ini terpulanglah kepada citarasa dan minat masing-masing. Tapi apa yang menariknya pakaian bundle ni adalah pakaian yang berkualiti tinggi terutama pakaian yang diimport dari US. Kualiti kain dan printing memang bagus. Bagi peminat jenama, pakaian bundle ni memang jadi pilihan kerana mereka boleh dapat brand kegemaran masing-masing dengan harga yang murah. Jenama-jenama besar seperti Levi's, Dockers, Polo, Harley Davidson memang menjadi pilihan peminat-peminat bundle ni.



Tak kotor/ berpenyakit ke pakaian bundle ni...??
Semua pakaian yang dibungkus dalam setiap bundle yang diimport telah diletakkan bahan kimia tertentu untuk membunuh kuman dan mengelakkan penyakit. Sebab itu kalau kita pergi ke kedai-kedai bundle yang pakaiannya belum dibasuh, kita boleh cium satu bau yang sama je. Ini la bau yang org panggil "bau bundle"... bau bahan kimia yang digunakan tu. Bozzo ada seorang sahabat yang memang kaki bundle ni pernah berkata "zo, bundle ni lebih teruk dari dadah makan duitnya dan lagi bahaya sebab sekali terjebak memang tiada jalan keluar".

VINTAGE 1950s LEE OVERALLS SANFORIZED Denim Jeans UNION MADE - NFS






ps : sekadar perkongsian untuk kengkawan semua. Salah satu koleksi bozzo yang tak seberapa ni.

VINTAGE 1970s LEE logger Dark jeans Union Made 40x34 - NFS












ps : Disini bozoo sekadar nak berkongsi gambar dan personal collection sahaja. Bozzo tak jual seluar nih. Kalau sesiapa ada yang berkenan di hati boleh cari di ebay. Harga tak tau.