- Siapa Sangka dan Percaya Ilham Tapak Kasut Nike Tercipta Ketika Makan Waffle?Jenama kasut Nike di pasaran antarabangsa telah pun menapak lama di zaman moden ini. Sebut sahaja Nike, semua orang sudah mengenalinya. Bermula kasut sukan hinggalah kepada pakaian dan peralatan sukan, jenama ini begitu gah di pasaran. Jikalau Jenama Adidas diasaskan oleh dua beradik, manakala Nike pula diasaskan oleh dua sahabat yang bernama Bill Bowerman dan Philips Knight pada tahun 1957 . Dua orang sahabat yang bertemu atas minat yang sama dalam perniagaan kasut sukan.Namun siapa sangka yang Nike bermula hanya sebagai pengedar kasut sukan Onitsuka Tiger dari Jepun! Asalnya Jenama Nike ini dikenali sebagai Blue Ribbon Sports @ BRP yang diasaskan pada tahun 1964. Perkataan Nike berasal daripada bahasa Greek (Nik-key). Logo Nike dikenali sebagai swoosh yang dikatakan sebagai sayap dewi kemenangan Yunani @ the Goddess of Victory. Slogan nya “just do it” begitu unik sehingga dipilih sebagai top 5 slogan iklan pada abad ke 20 oleh Advertising Age . Namun tahun 1971,namanya ditukar kepada Nike sehingga ke hari ini.Inspirasi penghasilan Kasut Nike sangat unik! Untuk melakukan perkara besar yang luar biasa dalam hidup sudah semestinya memerlukan sumber inspirasi. Semua orang perlukannya namun hanya beberpa orang yang berjaya menemukan ilham tersebut. Kadangkala dengan hanya melihat sesuatu peristiwa , idea unik datang secara tiba-tiba. Begitulah yang terjadi kepada pengasas kasut Nike iaitu Bill Bowerman. Dia memerlukan kasut yang berkualiti untuk atlet trek larian. Dia sentiasa mencuba untuk memperbaiki kasut yang direkanya. Jika sebelum ini kasut-kasut yang dijadikan contoh adalah daripada buatan syarikat Jepun. Bill Bowerman mahukan kasut yang lebih baik dengan tapak yang mencengkam yang dicipta sendiri olehnya.Tercetusnya idea tapak kasut waffle apabila Bill Bowerman terpandangkan menu sarapan pagi yang disediakan oleh isterinta Barbara. Sarapan pagi waffle yang dhidangkan isterinya diatas meja ketika itu menjadi topik perbualan hangat dan ada diantaranya mereka memikirkan tapak kasut yang kuat mencengkam paling bagus di trek larian. Akhirnya Bill Bowerman memutuskan untuk menggunakan waffle iron keluarganya untuk mereka design tapak kasut Nike!. Tapak kaki kasut yang bercorak groove berfungsi menghasilkan cengkaman kukuh semasa melakukan larian.
Bill Bowerman sebagai jurulatih trek larian pada masa itu mencari cara bagaimana untuk menghasilakn kasut larian yang lebih pantas. Beliau ke makmalnya degan membawa pemanggang waffle isterinya untuk menguji kaji ideanya. Material tapak kaki yang digunakannya adalah daripada getah yang mudah dibentuk. Akhirnya eksperimen beliau telah berjaya mencipta tapak kasut nike pertama yang bercorak seakan waffle!. Fungsi utama kasut waffle ini adalah mapu mencengkam dengan leboh baik semasa berlari dan mampu bergerak dengan lebih pantas. Rekaan bentuk ini kemudian dipatenkan pada tahun 1974. Ianya menjadi daya tarikan apabila digunakan oleh atlet-atlet yang bertanding di US Olympic Track & Field Trials di Eugene, Oregon pada tahun 1972.*dipinjam dari post member facebook.
Si Bozzo berkongsi cerita pasal apa yang latest, apa yang rare, apa yang hot dan apa-apa saja...
Wednesday, February 17, 2021
Nike Waffle
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment