Tuesday, September 23, 2014

Cerita - STUDIO D’ARTISAN

Merupakan salah satu ‘otai’ sebagai pengeluar jeans yang menggunakan teknik buatan tangan di Jepun. Hampir kesemua jeans dibuat dari kapas yang terpilih iaitu kapas dari Zimbabwe dan pencelupan warna di lakukan di Okayama. Diasaskan pada tahun 1979, denim Studio D’Artisan ini ditenun di Okayama – seperti diketahui umum dimana Okayama sebagai tempat membuat denim yang terkenal dengan vintajnya serta denim yang klasik manakala pembuatan dan jahitan dilakukan di Osaka.

Jeans Studio D’Artisan diperbuat dari denim mentah (raw denim), tidak di ‘sanforized’. Menggunakan pewarna semulajadi, dipendekkan cerita, Studio D’Artisan ini merupakan jeans yang memiliki pertukangan yang halus dan teliti serta merupakan jeans dari Jepun yang menakjubkan.


Gambar dua ekor babi menarik jeans dengan tali dijadikan logo bagi Studio D’Artisan tapi bagi model Monster, gambar babi ditukar kepada dua ekor dinasour. Semua patch dibuat menggunakan kulit lembu bukan kulit babi.


Logo dua ekor babi tersebut telah menimbulkan konflik dimana logo Studio D’Artisan menyerupai logo Levi’s Straus & Co. Levi’s Straus & Co telah mengemukan tuntutan mahkamah terhadap Studio D’Artisan terhadap perlanggaran hak cipta itu. Tuntutan itu tidak selesai sehingga kini, sebagai bantahan USA membuat satu sekatan daripada mengimport produk Studio D’Artisan ke negara tersebut.
Pada 1980-an, pengeluaran denim Studio D’Artisan menjadi semakin popular kerana tidak menjalani proses cucian yang menggunakan bahan kimia. Patch belakang jeans yang menggunakan kulit yang diwarnakan indigo menjadi salah satu kretiviti denim tersebut, tapi sekarang patch kulit tanpa pewarnaan digunakan pada semua jeans Studio D’Artisan. Sehingga hari ini, Studio D’Artisan mengekalkan teknik yang sama sebagai iklan kepada produk mereka ke serata dunia.

Gambar di bawah salah satu jeans yang paling banyak kesan ‘NEP’ (bintik-bintik putih snowy) pernah dihasilkan dengan denim seberat 21oz.

Cerita - ONI DENIM


Ada seseorang bertanya – apa yang menarik sangat dengan Oni Denim?

Oni Denim mungkin ramai yang tidak mengenalinya tapi yang menariknya ia terkenal dengan tenunan denim yang longgar (tenunan fabriknya kurang padat tapi fabriknya masih dikekalkan tebal), fabriknya yang ‘slubby’, pertukangan yang teliti walaupun ia mengambil masa yang lama untuk menghasilkan Oni Denim.

Sebelum ‘terjumpanya’ Oni Denim – Selepas Perang Dunia ke-2, sesuatu yang pelik juga berlaku dimana masyarakat Jepun tergila-gila dengan budaya Amerika. Salah satunya ialah jeans indigo yang dicari-cari oleh rakyat Jepun. Merupakan pakaian kerja seharian, ia amat jarang ditemui dalam komoditi di Jepun. Bebarapa syarikat jahitan mula mengimport jeans terpakai dari US, dan syarikat Jepun telah membuat semula jeans tersebut dalam saiz yang lebih kecil sikit kerana fizikal rakyat US lebih besar berbanding rakyat Jepun.

Maka terbinanya bengkel-bengkel perintis jeans seperti Edwin dan Big John.
Khususnya, Maruo Clothing (perintis bagi Big John) telah melakukan sesuatu untuk dirinya dan pada tahun 1960-an, satu perkongsian antara Kilang Tekstil Canton (USA) dan Syarikat Perdagangan Oishi (Jepun) telah mengeluarkan jeans pertama yang dibuat di Jepun dengan menggunakan denim Amerika dari Kilang Canton pada 1963 di bawah nama ‘Canton’ di Kojima.

Perkongsian ini amat tepat pada masanya di dalam usaha Kilang Canton untuk memodenkan kaedah pengeluaran.



Bagaimanapun terdapat beberapa kontroversi antara Canton dengan Edwin dimana Edwin mendakwa bahawa mereka merupakan pengeluar pertama jeans di Jepun iaitu pada tahun 1961. Apapun kontroversi itu diketepikan, Maruo Clothing mula membuat jenama mereka sendiri iaitu Big John pada tahun 1967 dengan menggunakan denim dari Kilang Cone USA.

Bermula tahun 1970 , Big john telah menjadi pengeluar jeans pertama yang menggunakan denim dari Jepun iaitu dari Kilang Kurabo. Dari situ Big John telah menjadi terkenal menjadi salah satu syarikat yang menemui kaedah mewarna biru indigo dalam menghasilkan denim.

Tapi, rakan perkongsian Maruo iaitu Kilang Tekstil Canton (USA) tidak bernasib baik telah ditutup pada tahun 1981, dan hanya Kilang Cone sahaja beroperasi di USA, dan Syarikat Perdagangan Oishi telah memutuskan untuk memberhentikan pengeluaran jeans di bawah jenama Canton pada tahun 1983.
Edwin, seperti kita tahu telah berjaya semenjak Brad Pitt menjadi model bagi jeans tersebut yang kebanyakannya ‘washed denim’. Big John telah mengeluarkan jeans dengan harga berpatutan kadang-kadang membuat jualan ulang tahun bagi menampilkan hasil kerja-kerja pertukangan yang teliti tetapi jeanama meraka ini telah didahului dengan denim-denim vintaj dan denim mentah (raw denim).

Dari mana Oni Denim datang?
Sebenarnya sedikit semangat Canton yang telah ditelan usia berada dalam Oni, sebagai seorang lelaki yang mengasaskan Oni Jeans iaitu Oishi merupakan anak kepada pengasas Syarikat Perdagangan Oishi – merupakan waris kepada Canton. Oni dalam bahasa Jepun yang membawa maksud 'syaitan ataupun raksasa jahat', muka syaitan dijadikan logo bagi Oni Denim.

Mitos Oni Denim dimana fabriknya ditenun pada mesin tenunan oleh seorang lelaki yang berusia 80 tahun, operasinya yang perlahan kerana kesihatannya tidak boleh bekerja dalam cuaca sejuk. Oleh kerana itulah Oni Denim amat terhad. Tidak pasti samada mitos ni sekadar mitos ataupun cerita betul.
Oni Denim tidak banyak kedengaran di media-media di seluruh dunia, terkenal dengan sifatnya yang enggan ditemubual oleh mana-mana majalah ataupun media lain dan itulah yang membuatkan Oni ini sebagai satu rahsia tapi peminat mengenalinya melalui keunikan fabriknya dimana tahap “SLUBBY “ dan “NEP” sangat kelihatan pada permukaan denimnya

Misteri terus menyelubungi dimana tiada siapa tahun kilang denim mana yang membekalkan denim kepada Oni dan bengkel yang mengeluarkan jeans pun tiada siapa yang tahu. Sehingga kini Oni masih dianggap satu misteri dalam denim. Tagline ‘Secret Denim’ sudah cukup membayangkan bahawa Oni Denim penuh dengan rahsia.

Setahu bozzo jeans jenama Oni memang sesangat rare di Malaysia. Nak cari di bundle memang near impossible. Kalau ada pun yang dah tak boleh nak pakai dan terlalu worn. Harga pun melampau disebabkan Oni Jeans tergulung dalam spesis jarang yang memang malu nak bertembung dengan pemburu jeans di Malaysia nih. Jadi kalau ada yang terserempak dengan jeans berlogo topeng kabuki ni jangan lah segan dan silu untuk terus merampasnya.

*words via Denimheads pictures via google

Monday, September 22, 2014

Cerita - THE UNBRANDED JEANS

Jenama ini merupakan salah satu jenama yang dikeluarkan oleh pengasas Naked & Famous Denim iaitu Brandon Svarc. Beliau mengeluarkan jeans ini kerana melihat kebanyakan anak muda @ pelajar-pelajar yang ingin memakai jeans kepala kain/selvedge tidak mampu membeli jeans yang berjenama kerana harga terlalu mahal bagi seorang pelajar.






Pada 2006, Svarc mengeluarkan jeans Unbranded yang mana memberi fokus kepada fabrik semata-mata. Menggunakan denim dari Jepun seberat 15oz, beliau mengeluarkan jeans dengan 3 jenis ptongan iaitu skinny, tapered dan straight. Dengan harga serendah RM300, anak muda mampu memakai jeans kepala kain.



“Unbranded is 15oz raw selvedge denim for around $80 retail which is much more attainable for many folks. While Unbranded is made in China, the sewing quality is excellent, and this brand is growing quite quickly. It is a concept brand made to challenge any branded product, even Naked & Famous. With Unbranded, all you pay for is jeans. We don’t even have to make brand labels or buttons or stamp the leather patch!”

Ramai yang terkejut dengan harga yang ditawarkan. Jeans ini dapat dipasarkan dengan harga murah kerana jenamanya yang ‘tidak berjenama’. Butang dan rivet tiada jenama, patch kulit tiada jenama, jahitan yang biasa tiada sebarang simbolik kepada jenama berkenaan, ianya adalah fokus kepada fabrik sahaja. Boleh dikatakan di setiap detail seluar ini tiada stamp syarikat atau gambar atau jahitan unik hence the name 'Unbranded'.

Untuk merendahkan lagi harga, jeans ini disiapkan di Macau China yang mana buruh-buruhnya yang murah dimana ketelitian jahitan didapati kurang sikit berbanding jeans yang dijahit di Jepun. Tetapi bagi yang menggemari ‘raw selvedge denim’ ini pastinya pilihan yang tepat kerana kesan pudarnya yang menarik apabila dipakai dalam tempoh sehingga setahun.

Selvedge blue line hanya terdapat pada jeans/denim 21oz. Selalunya untuk 15oz unbranded akan menggunakan selvedge redline.
Beberapa tahun kemudian, Unbranded Jeans telah mengeluarkan fabrik yang seberat 21oz bagi mengikuti jenama Naked & Famous yang terkenal dengan denimnya yang berat.

Ciri-ciri Jeans Unbranded
1.15oz. dan 21oz denim weight
2.Sanforized
3.Rope dyeing
4.Japanese Selvedge Raw denim

Jenama : The Unbranded
Pengasas : Brandon Svarc
Tahun : 2006
Denim : Jepun
Buatan : Macau, China

Cerita - RAILCAR FINEGOODS JEANS


Mesti ramai yang tidak pernah mendengar jenama ini kerana jenama ini boleh dianggap ‘setahun jagung’ tapi kualiti dan ketelitian kerja-kerja jahitannya setanding dengan jenama-jenama jeans yang lain.



Mula ditubuhkan pada 2010 di Arcadia, California USA oleh Steven Dang. Beliau sebelum ini merupakan mekanik keretapi di Los Angeles Metro. Dari situ beliau mahukan sesuatu yang lebih kreatif iaitu “ membina pakaian”. Mengadaptasi dari perincian di dalam bidang mekanikal dan elektrikal kemudian mengubahnya kepada menghasilkan jeans yang betul-betul bermutu tinggi.

Falsafah Steven Dang ‘setiap jahitan ada fungsi, setiap sudut ada fungsinya dan dengan fungsi itulah terhasilnya kecantikan/kualiti.



Railcar tidak mengeluarkan denim tapi ia menghasilkan jeans. Semua produk Railcar dihasilkan di sebuah gudang yang tidaklah besar sangat yang terletak di Arcadia dengan kakitangan yang sedikit tetapi mempunyai peralatan yang cukup lengkap untuk menyiapkan produk mereka. Dengan hanya jumlah tukang yang sedikit dapat menghasilkan kualiti yang terbaik. Menggunakan mesin jahit tradisional manual serta peralatan jahitan ynag vintaj seperti mesin Union Special dan Singer. Tiada yang automatik di Railcar semuanya mengunakan tangan dan mesin manual.

Dari segi denim pula, Railcar menggunakan denim dari Kilang Kurabo di Jepun dan denim dari Kilang Cone di USA. Jeans Railcar juga menggunakan raw denim.



These jeans happen to be the womens selvedge Vipers fit made of Cone Mills 13.5oz raw denim Railcar calls X001. You can see the jeans in the above picture. The ones in size 27.

Cerita Samurai Jeans - S710OG closer look

 Stealth + hidden arcs
The S710OG has a full back pocket lining and the additional hidden arcs are stitched in there. Arcs tersembunyi di dalam lining poket belakang.
 The selvedge line on these is really interesting, macro shots make it look like a bunch of random threads jumbled together. Untuk selvedge S710OG, Samurai tidak menggunakan style selvedge yang biasa sebaliknya merekan menggunakan benang hijau dengan cara sulaman random. Kena ambil gambar micro baru perasan.


Pai kulit ini sudah menyatakan segalanya. Made of Organic Cotton (dibuat menggunakan kain kapas organik). Made in Osaka, Japan - takyah translate korang dah paham. Diingatkan lagi untuk sesiapa yang berminat untuk mendapatkan Jeans Samurai ini kena ukur pinggang dan pilih saiz yang 2 inci lebih besar kerana believe it or not these type of jeans/denim will shrink after 1 wash. Usually between 1.5 to 3 inches. You have been warned!

Cerita - IRON HEART JEANS


Mendengar sahaja nama Iron Heart pasti ramai yang akan terpesona dengan kualiti ketahanan fabriknya.. Iron Heart merupakan salah satu jenama jeans dari Jepun yang ditubuhkan pada tahun 2003 yang memberi fokus kepada pemakaian klasik rakyat Amerika dimana memberi penekanan kepada pakaian penunggang motosikal.

Diasaskan oleh Shinichi Haraki yang berpangkalan di Hachioji Jepun, beliau sebelum terlibat dalam Iron Heart telah menceburi perniagaan denim sejak berumur 23 tahun. Pada masa itu beliau bekerja dengan Edwin Jeans sebagai pereka corak seterusnya sebagai pengarah bagi Edwin. Selepas 20 tahun bersama Edwin, beliau yang juga meminati motosikal mula menubuhkan Iron Heart pada tahun 2003 sebagai dedikasi kepada penggemar motosikal. Haraki melihat para penggemar motosikal ini perlu ada pakaian yang boleh menjadi ikon @ simbolik sebagai seorang penunggang motosikal. Beliau mahukan pakaian yang menarik yang diperbuat daripada fabrik yang berkualiti tinggi bagi mereka ini.

Iron Heart seperti diketahui umum mereka menggunakan fabrik yang berat untuk pakaian. Iron Heart mula-mula mengeluarkan jeans model IH-634S yang beratnya 21oz dengan potongan klasik lurus ‘classic striaght’ yang mana merupakan potongan ‘signature’ kepada Iron Heart.

Pada 2005, Giles Padmore telah menyertai Iron Heart sebagai rakan kongsi perniagaan khusunya untuk pasaran di Eropah. Beberapa tahun selepas itu, Iron Heart mengeluarkan jeans seberat 25oz.

 
Kebolehan untuk jeans jenis berat ini untuk berdiri sendiri memang sudah diketahui umum. Kalau tak boleh berdiri tegak tu memang bukan original. Melalui pengalaman Bozzo, seluar Iron Heart ini walaupun telah dibasuh 3 kali masih boleh berdiri sendiri sebab kainnya memang betul-betul tebal. Nasihat Bozzo untuk yang betul-betul berminat nak rasa pakai seluar ni kena get ready untuk melecet di bahagian lutut ngan kangkang. Memang keras beb! Kalau ada syiling terjatuh kat lantai tuh tinggalkan ajela pasal nak mencangkung memang near impossible.

Sunday, September 21, 2014

Naked & Famous x ONI JAPAN “Weird Guy” Denim

Okayama, Japan’s cult denim brand ONI DENIM is known for their famed designer Mr. Oishi, an ex-Levi’s Japan employee who has grown as a well-respected denim fanatic and expert over the years. The five-pocket tapered leg jeans are designed with 14 oz selvedge heavy denim twill in this classic indigo wash. Details include copper rivets, black enamel coated buttons and hidden back pocket rivets. The branding is a mix between ONI DENIM’s iconic Japanese demon masked logo and Naked & Famous’s leather patch logo branding. The “Weird Guy” denim is available exclusively at Barneys New York, Barneys CO-OP stores

Details
- WeirdGuy fit
- 14.5oz super slubby and irregular weave famous ONI selvedge denim
- Unsanforized – These jeans will shrink approx 1 size with wash. If you plan to wash, then buy them a bit loose. If you plan to never wash, then buy them snug.
- Copper rivets
- Black enamel coated buttons
- Hidden back pocket rivets
- Deerskin leather patch with double-name branding
- Union Special 43200G chain-stitched hems.
- All made in vintage American machinery in Okayama, Japan.




Wednesday, June 25, 2014

Cerita - The Swoosh

The swoosh is the logo of the athletic shoe and clothing manufacturer Nike. It is one of the most recognized brand logos in the world.

The Nike "Swoosh" is a corporate trademark created in 1971 by Carolyn Davidson, while she was a graphic design student at Portland State University. She met Phil Knight while he was teaching accounting classes and she started doing some freelance work for his company, Blue Ribbon Sports (BRS).
For seven years after its founding in 1964, BRS imported Onitsuka Tiger brand running shoes. In 1971, BRS decided to launch its own brand, which would first appear on a football boot called the Nike, manufactured in Mexico. Knight approached Davidson for design ideas for this new brand, and she agreed to provide them. Over the ensuing weeks, she created at least a half-dozen marks and gathered them together to present to Knight, Bob Woodell and Jeff Johnson (two BRS executives) at the company's home office, at the time located in Tigard, Oregon.

They ultimately selected the mark now known globally as the Swoosh. "I don't love it," Knight told her, "but I think it will grow on me." For her services, the company paid her $35. In September 1983, Knight gave Davidson a golden Swoosh ring with an embedded diamond, and an envelope filled with an undisclosed amount of Nike stock to express his gratitude.
In June 1972, the first running shoes bearing the Swoosh were introduced at the U.S. Track and Field Olympic Trials in Eugene, Oregon. Until 1995, the official corporate logo for Nike featured the name Nike in Futura Bold, all-cap font, cradled within the Swoosh. In 1995, Nike began using the stand-alone Swoosh as its corporate logo as a form of debranding, and continues to use it that way today.

*words via wiki.pictures via google.

Cerita - True Religion Brand Jeans

True Religion Brand Jeans is an American clothing company. Based in Vernon, California, the company was established in December 2002 by Jeff Lubell. True Religion Jeans are also one of the most popular jeans in pop culture today.

True Religion Brand Jeans sell what they refer to as 'premium denim' which is handmade in America. True Religion has around 900 branded 'boutiques' and specialty stores in 50 countries on six continents. The 'flagship' store is located in Manhattan Beach, California, and was their first retail store, opening in late 2005. True Religion products are also sold at major department stores like Nordstrom, Bloomingdales, Saks 5th Ave, as well as a handful of others.
True Religion was purchased by TowerBrook Capital Partners on May 10, 2013.
Jeff Lubell - pengasas True Religion. Trivia : tahukan anda bahawa Jeff terpaksa menjual beberapa helai jeans True Religion rekaan awal beliau untuk membiayai kos penjenamaan jeans ini. Cuma ada 2 helai sahaja yang diketahui wujud dan di sahkan sendiri oleh beliau dan sekarang telah menjadi koleksi pemburu denim dari Jepun.

*words via wiki.pictures via google.

Cerita - Abercrombie & Fitch

Abercrombie & Fitch, also known as A&F, is an American retailer that focuses on casual wear for young consumers, and is headquartered in New Albany, Ohio, a suburb of Columbus. It has over 400 locations in the United States, and is expanding internationally. The company operates three offshoot brands: Abercrombie Kids, Hollister Co., and Gilly Hicks, in addition to a post-collegiate brand, Ruehl No.925, that closed in early 2010.


Founded in 1892 in the Manhattan borough of New York City, New York, by David T. Abercrombie and Ezra Fitch, Abercrombie & Fitch was an elite outfitter of sporting and excursion goods, particularly noted for its expensive shotguns, fishing rods, fishing boats, and tents.


The A&F logo is a moose because A&F was once an outdoors store called Abercrombie & Co, founded in 1892 (the year that's always on the clothing today) by David Abercrombie. The store was something along the lines of LL Bean, selling things like camping, hunting, and fishing gear. Ezra Fitch was one of his most loyal customers and in 1900, Ezra Fitch convinced David Abercrombie to let him buy into a partnership in the business, and in 1904 the store's name was officially changed to Abercrombie & Fitch.









The company has received criticism over its provocative advertising. In 2013, the company came under fire for comments made by the CEO, stating that his brand is only suitable for "the good-looking, cool kids," and that there are people who don't belong in his clothes – namely overweight people.

*words via wiki. pictures via google.

Tuesday, June 24, 2014

Cerita - My Adidas

"My Adidas" is the first single from Run–D.M.C.'s third album Raising Hell. It is about Adidas footwear. Released in 1986, the song was written by two of the members, Joseph "DJ Run" Simmons and Darryl "DMC" McDaniels and was produced Rick Rubin and Russell Simmons. My Adidas reached No. 5 on the Hot Black Singles and No. 10 on the Hot Dance Music/Maxi-Singles Sales in 1986, climbed to No. 33 on the Hot Rap Singles chart 14 years later in 2000.
Run-D.M.C. made a fashion statement by wearing their Adidas sneakers with no laces, which they did because shoelaces weren't allowed in jail. They were also known for their trench coats and big jewelry, which became popular with rappers and set the stage for Hip-Hop style.
 Adidas wasn't a very popular brand among kids in the early '80s raposphere - Fila and Reebok were bigger - but this song made it the apparel of choice. The trio had the good fortune of being managed by Russell Simmons, a shrewd businessman and the brother of group-member Run (Joseph Simmons), and in early 1987 when this song had become a crowd favorite, he arranged for executives from Adidas to attend a show. Before performing this song, DMC (Darryl McDaniels) asked the crowd to "show us your Adidas," and about 3,000 urban influencers dutifully lifted their sneakers for display. Suitably impressed, the Adidas executives signed a $1.6 million deal with Run-D.M.C. and created their own line of laceless footwear.

 

Cerita - Adidas Originals

Adidas Originals is a line of casual sports clothing, the heritage line of German sportswear brand Adidas specializing in shoes,shirts,coats,bags,sun glasses and other accessories. The clothing and the accessories are under the categories Superstar, Adicolor among others,they are designed under the Adidas company.

The brand uses the famous Trefoil logo, which was originally used on all adidas products until the company decided in 1997 that the trefoil logo would thereafter only be used on heritage products, and was replaced on other products by the Performance logo, which has previously been used on the "Equipment" range of products since 1991. Adidas Originals covers sports fashion styles with strong references to the decades between the 1940s to 1980s. The brand has a distinctively retro old school feel.
Trivia : Adidas was named after it's founder, Adi Dassler. Contrary to the rumor, it does not stand for "All Day I Dream About Sex."

 Adidas RUN DMC 1986 My Adidas Aniversary Issue. Sneaker dari kategori Superstar telah menjadi ikon dan juga pemangkin populariti jenama Adidas sebagai sneaker No.1 di Amerika lebih-lebih lagi di kawasan sekeliling Harlem. RUN DMC juga menjadi kumpulan Rap pertama yang telah berjaya memaksa Adidas untuk mengikat kontrak sponsor sebanyak USD1 juta pada tahun 1986.


Eason Chan JS Wings adidas Originals Chinese New Year 2013 Special Edition by Jeremy Scott.


 "All Originals Represent" was introduced in 2012 featuring brand ambassadors Nicki Minaj, Jeremy Scott, Big Sean, 2NE1, and Derrick Rose. It focuses on the creative spirit specific to unique cities around the globe. Ada banyak kalau nak ceritakan pasal Adidas Originals ni. Bozzo akan kompilekan bila ada masa nanti. Kalau sesiapa nak maklumat lebih lanjut pasal perang sneaker di US, korang boleh tonton dokumentari 'Just For Kicks'. Sesiapa yang tak pernah tengok dokumentari nih bukan sneaker lover sejati. Bukan Bozzo cakap tapi otai-otai sneaker dalam dokumentari tu cakap.