Monday, September 22, 2014

Cerita - IRON HEART JEANS


Mendengar sahaja nama Iron Heart pasti ramai yang akan terpesona dengan kualiti ketahanan fabriknya.. Iron Heart merupakan salah satu jenama jeans dari Jepun yang ditubuhkan pada tahun 2003 yang memberi fokus kepada pemakaian klasik rakyat Amerika dimana memberi penekanan kepada pakaian penunggang motosikal.

Diasaskan oleh Shinichi Haraki yang berpangkalan di Hachioji Jepun, beliau sebelum terlibat dalam Iron Heart telah menceburi perniagaan denim sejak berumur 23 tahun. Pada masa itu beliau bekerja dengan Edwin Jeans sebagai pereka corak seterusnya sebagai pengarah bagi Edwin. Selepas 20 tahun bersama Edwin, beliau yang juga meminati motosikal mula menubuhkan Iron Heart pada tahun 2003 sebagai dedikasi kepada penggemar motosikal. Haraki melihat para penggemar motosikal ini perlu ada pakaian yang boleh menjadi ikon @ simbolik sebagai seorang penunggang motosikal. Beliau mahukan pakaian yang menarik yang diperbuat daripada fabrik yang berkualiti tinggi bagi mereka ini.

Iron Heart seperti diketahui umum mereka menggunakan fabrik yang berat untuk pakaian. Iron Heart mula-mula mengeluarkan jeans model IH-634S yang beratnya 21oz dengan potongan klasik lurus ‘classic striaght’ yang mana merupakan potongan ‘signature’ kepada Iron Heart.

Pada 2005, Giles Padmore telah menyertai Iron Heart sebagai rakan kongsi perniagaan khusunya untuk pasaran di Eropah. Beberapa tahun selepas itu, Iron Heart mengeluarkan jeans seberat 25oz.

 
Kebolehan untuk jeans jenis berat ini untuk berdiri sendiri memang sudah diketahui umum. Kalau tak boleh berdiri tegak tu memang bukan original. Melalui pengalaman Bozzo, seluar Iron Heart ini walaupun telah dibasuh 3 kali masih boleh berdiri sendiri sebab kainnya memang betul-betul tebal. Nasihat Bozzo untuk yang betul-betul berminat nak rasa pakai seluar ni kena get ready untuk melecet di bahagian lutut ngan kangkang. Memang keras beb! Kalau ada syiling terjatuh kat lantai tuh tinggalkan ajela pasal nak mencangkung memang near impossible.

No comments:

Post a Comment