Hampir
rata-rata orang lelaki di sini pernah memakai seluar jeans. Jika ada
yang beranggapan ia merupakan seluar yang kurang sopan, kenyataan
tersebut tidak benar. Namun kita bukan mahu bercakap tentang soal pakai
ke tidak, tetapi tentang keunikan poket kecil yang terdapat pada
bahagian atas poket besar. Bagi kita ia seolah-olah seperti tiada
fungsi. Tapi sebenarnya ia mempunyai fungsi dan sejarah-sejarah yang
tersendiri...
Pernah
tidak terlintas difikiran? kenapa seluar jeans selalu ada saku kecil di
bahagian sebelah kanannya? Sekali pandang saku kecil ini tak ada
fungsinya selain hanya tampalan untuk menambah aksentuasi gaya
pemakainya, atau mungkin ciri khas seluar jeans. Namun, dari saku comel
inilah sebenarnya boleh dibaca sejarah seluar yang dipopularkan oleh
Levi Strauss tahun 1880 ini, lapan tahun selepas jeans masuk ke Amerika
Syarikat (AS) tahun 1872...
Sebagai
jenis tekstil, jeans pertama kali dibuat di Genoa, Itali tahun 1560-an.
Kain seluar ini biasa dipakai oleh angkatan laut. Orang Perancis
menyebut seluar ini dengan sebutan “bleu de Genes”, yang bererti biru
Genoa. Meski tekstil ini pertama kali dihasilkan dan digunakan di
Eropah, tetapi sebagai fashion, jeans dipopularkan di AS oleh Levi
Strauss, seorang pemuda berusia dua puluh tahunan yang mengadu nasibnya
ke San Francisco sebagai peniaga pakaian. Ketika itu, AS sedang dilanda
demam emas...
Akan
tetapi, sampai di California semua barangnya habis terjual, kecuali
sebuah khemah yang terbuat dari kain kanvas. Kain kanvas ini dipotongnya
dan dibuatnya menjadi beberapa seluar yang dijual pada para pekerja
lombong emas. Dan ternyata para pekerja menyukainya kerana seluar buatan
Strauss tahan lama dan tak mudah koyak. Merasa mendapat peluang,
Strauss menyempurnakan “penemuannya” dengan memesan bahan dari Genoa
yang disebut “Genes”, yang oleh Strauss diubah menjadi “BLUE JEANS”...
Di
sinilah para pelombong tambah menyukai seluar buatan Strauss dan
“menobatkan” seluar itu sebagai seluar rasmi para pelombong. Para
pelombong emas itu menyebut seluar Strauss dengan “those pants of Levi` s
“atau” Celana Si Levi “. Sebutan inilah yang memulakan tanda dagang
pertama seluar jeans pertama di dunia...
Naluri
perniagaan Strauss yang tajam membuatnya mengajak pengusaha sukses
Jakob Davis untuk bekerja sama, dan pada tahun 1880 kerja sama itu
melahirkan kilang seluar jeans pertama. Dan produk reka bentuk mereka
yang pertama adalah “Levi` s 501 “...
Produk
reka bentuk pertama memang dikhaskan bagi para pelombong emas. Seluar
ini mempunyai 5 saku, 2 di belakang dan 2 di depan, dan 1 saku kecil
dalam saku depan sebelah kanan. Kerana diperuntukkan bagi para
pelombong, saku ini tentu bukan untuk bergaya-ria. Tetapi saku atau
poket comel kecik molek ini dirancang untuk menyimpan butiran-butiran
emas yang berukuran kecil...
Meskipun
kini jeans dihasilkan dalam pelbagai jenama dan bukan hanya untuk para
pelombong, tetapi saku atau poket comel itu tetap ada kerana mungkin
mengekalkan fesyen asalnya. Tentu saja hari ini fungsinya bukan lagi
sebagai tempat menyimpan butiran emas...
*kata-kata dari Denimheads...gambar dari google...
No comments:
Post a Comment