Bermula
tahun 1970 , Big john telah menjadi pengeluar jeans pertama yang
menggunakan denim dari Jepun iaitu dari Kilang Kurabo. Dari situ Big
John telah menjadi terkenal menjadi salah satu syarikat yang menemui
kaedah mewarna biru indigo dalam menghasilkan denim.
Tapi,
rakan perkongsian Maruo iaitu Kilang Tekstil Canton (USA) tidak bernasib
baik telah ditutup pada tahun 1981, dan hanya Kilang Cone sahaja
beroperasi di USA, dan Syarikat Perdagangan Oishi telah memutuskan untuk
memberhentikan pengeluaran jeans di bawah jenama Canton pada tahun
1983.
Edwin, seperti kita tahu telah berjaya semenjak Brad Pitt
menjadi model bagi jeans tersebut yang kebanyakannya ‘washed denim’.
Big John telah mengeluarkan jeans dengan harga berpatutan kadang-kadang
membuat jualan ulang tahun bagi menampilkan hasil kerja-kerja
pertukangan yang teliti tetapi jeanama meraka ini telah didahului dengan
denim-denim vintaj dan denim mentah (raw denim).
Dari mana Oni Denim datang?
Sebenarnya sedikit semangat Canton yang telah ditelan usia berada dalam
Oni, sebagai seorang lelaki yang mengasaskan Oni Jeans iaitu Oishi
merupakan anak kepada pengasas Syarikat Perdagangan Oishi – merupakan
waris kepada Canton. Oni dalam bahasa Jepun yang membawa maksud 'syaitan
ataupun raksasa jahat', muka syaitan dijadikan logo bagi Oni Denim.
Mitos Oni Denim dimana fabriknya ditenun pada mesin tenunan oleh
seorang lelaki yang berusia 80 tahun, operasinya yang perlahan kerana
kesihatannya tidak boleh bekerja dalam cuaca sejuk. Oleh kerana itulah
Oni Denim amat terhad. Tidak pasti samada mitos ni sekadar mitos ataupun
cerita betul.
Oni Denim tidak banyak kedengaran di media-media
di seluruh dunia, terkenal dengan sifatnya yang enggan ditemubual oleh
mana-mana majalah ataupun media lain dan itulah yang membuatkan Oni ini
sebagai satu rahsia tapi peminat mengenalinya melalui keunikan fabriknya
dimana tahap “SLUBBY “ dan “NEP” sangat kelihatan pada permukaan
denimnya
Misteri terus menyelubungi dimana tiada siapa tahun
kilang denim mana yang membekalkan denim kepada Oni dan bengkel yang
mengeluarkan jeans pun tiada siapa yang tahu. Sehingga kini Oni masih
dianggap satu misteri dalam denim. Tagline ‘Secret Denim’ sudah cukup
membayangkan bahawa Oni Denim penuh dengan rahsia.
Setahu bozzo jeans jenama Oni memang sesangat rare di Malaysia. Nak cari di bundle memang near impossible. Kalau ada pun yang dah tak boleh nak pakai dan terlalu worn. Harga pun melampau disebabkan Oni Jeans tergulung dalam spesis jarang yang memang malu nak bertembung dengan pemburu jeans di Malaysia nih. Jadi kalau ada yang terserempak dengan jeans berlogo topeng kabuki ni jangan lah segan dan silu untuk terus merampasnya.
*words via Denimheads pictures via google