Oni Denim mungkin ramai yang tidak mengenalinya tapi yang menariknya ia
terkenal dengan tenunan denim yang longgar (tenunan fabriknya kurang
padat tapi fabriknya masih dikekalkan
tebal), fabriknya yang ‘slubby’, pertukangan yang teliti walaupun ia
mengambil masa yang lama untuk menghasilkan Oni Denim.
Sebelum
‘terjumpanya’ Oni Denim – Selepas Perang Dunia ke-2, sesuatu yang pelik
juga berlaku dimana masyarakat Jepun tergila-gila dengan budaya Amerika.
Salah satunya ialah jeans indigo yang dicari-cari oleh rakyat Jepun.
Merupakan pakaian kerja seharian, ia amat jarang ditemui dalam komoditi
di Jepun. Bebarapa syarikat jahitan mula mengimport jeans terpakai dari
US, dan syarikat Jepun telah membuat semula jeans tersebut dalam saiz
yang lebih kecil sikit kerana fizikal rakyat US lebih besar berbanding
rakyat Jepun.
Maka terbinanya bengkel-bengkel perintis jeans seperti Edwin dan Big John.
Khususnya, Maruo Clothing (perintis bagi Big John) telah melakukan
sesuatu untuk dirinya dan pada tahun 1960-an, satu perkongsian antara
Kilang Tekstil Canton (USA) dan Syarikat Perdagangan Oishi (Jepun) telah
mengeluarkan jeans pertama yang dibuat di Jepun dengan menggunakan
denim Amerika dari Kilang Canton pada 1963 di bawah nama ‘Canton’ di
Kojima.
Perkongsian ini amat tepat pada masanya di dalam usaha Kilang Canton untuk memodenkan kaedah pengeluaran.
Bagaimanapun terdapat beberapa kontroversi antara Canton dengan Edwin
dimana Edwin mendakwa bahawa mereka merupakan pengeluar pertama jeans di
Jepun iaitu pada tahun 1961. Apapun kontroversi itu diketepikan, Maruo
Clothing mula membuat jenama mereka sendiri iaitu Big John pada tahun
1967 dengan menggunakan denim dari Kilang Cone USA.
Bermula
tahun 1970 , Big john telah menjadi pengeluar jeans pertama yang
menggunakan denim dari Jepun iaitu dari Kilang Kurabo. Dari situ Big
John telah menjadi terkenal menjadi salah satu syarikat yang menemui
kaedah mewarna biru indigo dalam menghasilkan denim.
Tapi,
rakan perkongsian Maruo iaitu Kilang Tekstil Canton (USA) tidak bernasib
baik telah ditutup pada tahun 1981, dan hanya Kilang Cone sahaja
beroperasi di USA, dan Syarikat Perdagangan Oishi telah memutuskan untuk
memberhentikan pengeluaran jeans di bawah jenama Canton pada tahun
1983.
Edwin, seperti kita tahu telah berjaya semenjak Brad Pitt
menjadi model bagi jeans tersebut yang kebanyakannya ‘washed denim’.
Big John telah mengeluarkan jeans dengan harga berpatutan kadang-kadang
membuat jualan ulang tahun bagi menampilkan hasil kerja-kerja
pertukangan yang teliti tetapi jeanama meraka ini telah didahului dengan
denim-denim vintaj dan denim mentah (raw denim).
Dari mana Oni Denim datang?
Sebenarnya sedikit semangat Canton yang telah ditelan usia berada dalam
Oni, sebagai seorang lelaki yang mengasaskan Oni Jeans iaitu Oishi
merupakan anak kepada pengasas Syarikat Perdagangan Oishi – merupakan
waris kepada Canton. Oni dalam bahasa Jepun yang membawa maksud 'syaitan
ataupun raksasa jahat', muka syaitan dijadikan logo bagi Oni Denim.
Mitos Oni Denim dimana fabriknya ditenun pada mesin tenunan oleh
seorang lelaki yang berusia 80 tahun, operasinya yang perlahan kerana
kesihatannya tidak boleh bekerja dalam cuaca sejuk. Oleh kerana itulah
Oni Denim amat terhad. Tidak pasti samada mitos ni sekadar mitos ataupun
cerita betul.
Oni Denim tidak banyak kedengaran di media-media
di seluruh dunia, terkenal dengan sifatnya yang enggan ditemubual oleh
mana-mana majalah ataupun media lain dan itulah yang membuatkan Oni ini
sebagai satu rahsia tapi peminat mengenalinya melalui keunikan fabriknya
dimana tahap “SLUBBY “ dan “NEP” sangat kelihatan pada permukaan
denimnya
Misteri terus menyelubungi dimana tiada siapa tahun
kilang denim mana yang membekalkan denim kepada Oni dan bengkel yang
mengeluarkan jeans pun tiada siapa yang tahu. Sehingga kini Oni masih
dianggap satu misteri dalam denim. Tagline ‘Secret Denim’ sudah cukup
membayangkan bahawa Oni Denim penuh dengan rahsia.
Setahu bozzo jeans jenama Oni memang sesangat rare di Malaysia. Nak cari di bundle memang near impossible. Kalau ada pun yang dah tak boleh nak pakai dan terlalu worn. Harga pun melampau disebabkan Oni Jeans tergulung dalam spesis jarang yang memang malu nak bertembung dengan pemburu jeans di Malaysia nih. Jadi kalau ada yang terserempak dengan jeans berlogo topeng kabuki ni jangan lah segan dan silu untuk terus merampasnya.
*words via Denimheads pictures via google
No comments:
Post a Comment