Monday, September 22, 2014

Cerita - THE UNBRANDED JEANS

Jenama ini merupakan salah satu jenama yang dikeluarkan oleh pengasas Naked & Famous Denim iaitu Brandon Svarc. Beliau mengeluarkan jeans ini kerana melihat kebanyakan anak muda @ pelajar-pelajar yang ingin memakai jeans kepala kain/selvedge tidak mampu membeli jeans yang berjenama kerana harga terlalu mahal bagi seorang pelajar.






Pada 2006, Svarc mengeluarkan jeans Unbranded yang mana memberi fokus kepada fabrik semata-mata. Menggunakan denim dari Jepun seberat 15oz, beliau mengeluarkan jeans dengan 3 jenis ptongan iaitu skinny, tapered dan straight. Dengan harga serendah RM300, anak muda mampu memakai jeans kepala kain.



“Unbranded is 15oz raw selvedge denim for around $80 retail which is much more attainable for many folks. While Unbranded is made in China, the sewing quality is excellent, and this brand is growing quite quickly. It is a concept brand made to challenge any branded product, even Naked & Famous. With Unbranded, all you pay for is jeans. We don’t even have to make brand labels or buttons or stamp the leather patch!”

Ramai yang terkejut dengan harga yang ditawarkan. Jeans ini dapat dipasarkan dengan harga murah kerana jenamanya yang ‘tidak berjenama’. Butang dan rivet tiada jenama, patch kulit tiada jenama, jahitan yang biasa tiada sebarang simbolik kepada jenama berkenaan, ianya adalah fokus kepada fabrik sahaja. Boleh dikatakan di setiap detail seluar ini tiada stamp syarikat atau gambar atau jahitan unik hence the name 'Unbranded'.

Untuk merendahkan lagi harga, jeans ini disiapkan di Macau China yang mana buruh-buruhnya yang murah dimana ketelitian jahitan didapati kurang sikit berbanding jeans yang dijahit di Jepun. Tetapi bagi yang menggemari ‘raw selvedge denim’ ini pastinya pilihan yang tepat kerana kesan pudarnya yang menarik apabila dipakai dalam tempoh sehingga setahun.

Selvedge blue line hanya terdapat pada jeans/denim 21oz. Selalunya untuk 15oz unbranded akan menggunakan selvedge redline.
Beberapa tahun kemudian, Unbranded Jeans telah mengeluarkan fabrik yang seberat 21oz bagi mengikuti jenama Naked & Famous yang terkenal dengan denimnya yang berat.

Ciri-ciri Jeans Unbranded
1.15oz. dan 21oz denim weight
2.Sanforized
3.Rope dyeing
4.Japanese Selvedge Raw denim

Jenama : The Unbranded
Pengasas : Brandon Svarc
Tahun : 2006
Denim : Jepun
Buatan : Macau, China

No comments:

Post a Comment