Monday, March 4, 2019

APAKAH BAJU VINTAGE ??


APAKAH BAJU VINTAGE ??
-semestinya barang barang terpakai/baru yg dikeluarkan lebih dr 15thn yg lepas
-akan menjadi vintage setelah dikeluarkan selepas 15thn (automatically)
-terdiri daripada baju band , filem , kartun , sport brand , vintage printed shirt , western shirt,
jacket dan segala macam yg dikategorikan sebagai baju
-tetapi rata2 manusia di pelosok dunia mencari baju band dan sport brand utk dijadikan koleksi
-band t menjadi kegilaan disebabkan music is a must to everybody.tak kisah dimanapun kita
dilahirkan,pastinya dari kecil kita akan mendengar lagu.nasyid,rock,metal dan sebagainya.
-antara lainnya baju2 yg dikeluarkan pada zaman dahulu pada harga yg tinggi ataupun baju yang
dikeluarkan secara limited
-baju2 yang dipakai oleh selebriti,tokoh2 juga menjadi rebutan dan hangat dipasaran
-bagi kategori sport brand pula baju2 seperti nike air jordan shoe hanging,nike ballwing,levis
olympic,adidas trefoil dan sebagainya
-contoh2 gambar baju2 yg disebutkan di atas akan diupload pada ruangan akan datang


CIRI - CIRI BAJU VINTAGE
-kebanyakan yg dinobatkan baju vintage pada masa sekarang terdiri dari baju yg dikeluarkan
pada sekitar tahun 1996 dan kebawah.
-beredar mengikut masa.contohnya lima tahun dari sekarang iaitu pada thn 2015,baju yg
dikeuarkan pada tahun 2000 akan menjadi vintage secara autmatik ( berdasarkan format
barangan akan menjadi vintage setelah 15 tahun)
-baju2 yg dikeluarkan pada thn 1996 kebawah kebanyakannya adalah single stitch,kain 100%
kapas yang nipis , kain campuran 50% kapas 50% polyster,kain campuran kapas,polyster,
rayon.
-boleh dibezakan lagi menerusi tag2 label,copyright yg ditulis pada masa tersebut.


BAJU VINTAGE MEMANG X ADA TULANG TEPI ??
-anda salah sama sekali jika anda hanya mengatakan bahawa baju vintage dari thn 1996 ke
bawah tiada tulang tepi
-perlu diingatkan bukan semua baju tiada tulang
-pernah pakcik dimarahi budak yg beli baju mengatakan pakcik menipu.dalam add cakap
original takda alter tapi bila baju sampai baju alter
-baju bertulang biasanya adalah baju vintage / band tour.kebiasaan baju album tiada tulang
-tidak kisahlah baju t shirt ataupun 3qtr
-tulang original pada tepi baju yg dikeluarkan pada msa dhulu adalah kecil.jahitannya tersangat
kecil tidak seperti baju bertulang pada zaman sekarang ( contoh gambar akan disertakan)
-mengapakah ini terjadi?? ini disebabkan pengeluar,merchandiser yg ingin mengeluarkan baju
pada waktu itu menggunakan baju2 dari pengilang2 kecil lain setelah baju tidak mencukupi
utk dicetak/dikeluarkan.contohnya seperti brockum merchandiser yg tidak menggunakan
baju mereka sendiri tetapi menggunakan baju sportswear,ched atau lainnya bagi menggantikan
baju keluaran mereka setelah baju tidak mencukupi dan akan ditulis copyright oleh mereka.
-kebanyakan baju adalah baju adalah baju yg dikeluarkan semasa tour berjalan.baju2 ini adalah
baju2 yg dijual semasa tour ataupun baju2 yg diberikan utk sesiapa yg membeli tiket2 terawal
utk konsert2 tersebut
-kebiasaan baju2 ini hanya mempunyai cop C utk copyright atau TM pada tulisan baju band
sprti iron maiden C/TM.tulisan chop ini adalh kecil dan berada dibawah tulisan baju band.
(gambar akan disertakan)
-baju2 ini ditempah pada saat akhir oleh band2 semasa tour berjalan dan pengeluar /
merchandiser tidak mempunyai bahan/baju yg mencukupi utk mencetak baju tersebut
-sumber pengetahuan ini diperolehi daripada otai2 lama dan forum2 luar negara yg saya
menjadi ahli forum.antara pengetahuan2 ini diperolehi daripada Jochen dari band S.O.D
menerusi forum yg dikelolakan oleh beliau serta collector2 maut seangkatan beliau


BAJU TAK ADA COPYRIGHT ??
-kes yg sama berlaku seperti baju bertulang dimana baju original dari merchandiser juga
kadang2 tidak mempunyai copyright
-ramai yg tidak mahu membeli kononnya takut baju tersebut tidak original/reprint
-sememangnya ada perbezaan bagi baju yg bukan original dan original jika tidak mempunyai
copyright
-printing / material juga sudah berbeza (gambar akan disertakan)
-biasanya baju yg tidak mempunyai copyright akan mempunyai cop C/TM pada tulisan band
tersebut.sama seperti kes baju bertulang
-ini berlaku utk baju2 band yg ditempah pada saat2 akhir semasa tour sama seperti kes baju
bertulang.
-ada antara kes2 berlaku disebabkan oleh band2 menghubungi merchandiser yg kecil utk
mengeluarkan baju mereka.bukan semua merchandiser mempunyai lesen utk meletakkan cop
copyright/TM.tidak kira utk baju atau barngan lain.cop C/TM tidak boleh sewenangnya diguna
sekiranya tidak mempunyai lesen yg sah utk berbuat demikian
-dan baju2 yg tidak mempunyai date copyright adalah baju2 tour yg diberikan secara percuma
untuk pembeli tiket terawal atau yg dijual semasa tour berjalan.dan baju2 inilah yg dinobatkan sebagai RARE dan mempunyai harga yg sgt tnngi di psaran tak kira antarabangsa mahupun dalam malaysiakerana
bilangan /volume yg dikeluarkan adalah sedikit.
-gambar2 mengenai isu2 ini akan disertakan


BAJU2 YG MEMPUNYAI COPYRIGHT DATE
-baju2 ini adalah baju2 album/ baju yg dicetak

ps-aku copypaste dari post member dlm group wasap... 

2 comments: