Monday, March 4, 2019

Kepala Kain



(Kepala kain/pale kain/palo kain/selvedge)

Kalau berjalan dekat bundle jeans, pasti tuan puan pernah dengar, "Hok ni kepala kain bos. Mahal la sikit bos." Lepas tu dia lipat kaki seluar, dan kita tengok bahagian dalam, seluar tu tak berklim. Tapi ada line warna putih yang kemas menggantikan klim. Ya. Seluar macam tu la kita panggil "Kepala kain".

Secara internationalnya, kepala kain orang luar panggil selvedge.

Selvedge asalnya dari perkataan self-edge. "Tepi sendiri". Sebabnya nak buat seluar jeans jenis selvedge ni, kena pakai kain denim yang ada self edge tu.

Datang kat kampung kita, kita panggil kepala kain. Sebelum ni ramai yang cakap kepala kain tu macam kepala lemang. Dalam satu gulung kain denim tu ada bahagian badan dan ekor. Kita sangka seluar kepala kain ni dibuat oleh kain denim yang hujung. Yang selebihnya kain denim tu buat seluar yang tak kepala kain/selvedge. Maaf, tafsiran itu silap.

Yang betulnya, nak buat seluar kepala kain ni kena pakai kain denim yang berbeza dengan kain denim yang buat seluar bukan kepala kain.

Dulu, sebelum 50an, tok tok kita kat Amerika sana pakai mesin tenun yang manual. Bila pakai mesin tenun tu, di hujung hujung kain denim tu terpaksa dirapatkan sendiri untuk mengelakkan kedut dan berjuntai. Nak pakai mesin klim, tak ada pulak. Jadi benang yang putih tu digunakan dan ditenun rapat rapat supaya lebihan tenunan denim tu tak berjuntai, lari dan berkedut.Kiranya sebelum 50an, semua seluar jeans adalah selvedge dan kepala kain. Tapi tak pasti pulak diorang pakai seluar tu lipat ke tak nak tunjuk kepala kain bila pergi jalan beraya.

Yang lecehnya pakai mesin tenun manual ni, bidang kain denim yang dibuat tu kecik sangat. Dalam satu bidang kain tu, tak banyak pasang seluar boleh buat. Selepas 50an, permintaan seluar jeans semakin meningkat. Kalau sebelum ni orang pergi kerja berat je pakai seluar jeans buat belasahan, kini orang yang kerja pejabat pun nak jugak seluar jeans buat pergi ke bandar dan Tesco hujung hujung minggu. Mesin tenun yang ada tak dapat menampung permintaan yang begitu banyak. Nak import lagi. 

Jadi, mesin tenun yang besar mula dicipta. Selain dari pembuatan yang laju dan automatik, mesin tenun ni jugak dapat hasilkan bidang kain denim yang besar. Malah, dihujungnya dah tak payah nak tenun pakai benang putih tu. Cukup dengan klim sahaja. Kain denim yang dihasilkan pun lebih seragam. Maklumlah, pakai mesin automatik. Dah la laju dan cantik, malah atas satu bidang kain denim tu dapat banyak seluar pula. Barulah banyak banyak boleh jual.

 Kiranya selepas tu, kalau pakai seluar kepala kain macam ketinggalan zaman la sikit sebab orang dah semakin maju, kita masih lagi pakai kain yang ditenun secara klasikal. Pulak tu kadang kadang ada bengkok sikit sikit kain yang dihasilkan. Kena boo dengan kawan pun boleh jadi pakai seluar lama.

Tapi lama kelamaan, orang dah mula bosan dengan kesaragaman yang ada dan orang mula mencari yang dulu dulu semula. Nak jadi rare kononnya. Cuma masalahnya sekarang, mesin tenun lama berapa kerat je yang ada? 

Inilah yang dikatakan demand tinggi, tapi suply terhad. Bila jadi macam ni, harga pun akan meningkat. Tak hairanlah kalau kita nak beli seluar kepala kain, harganya lebih mahal berbanding yang bukan kepala kain. Barang payah boleh bos, mahal la sikit. Nak makan ikan tenggiri,mana boleh nak bayar harga ikan selayang tuan tuan.

Saya rasa cukup setakat tu dulu. Nak cerita lebih lebih, saya sendiri pun tak pakai seluar jeans. Hihi. 

Sekian, terima kasih.

#istilahbundle

#kepalakain

ps :bozzo amik dari nukilan member yg kaki selam...

1 comment:

  1. Tq bro baru belajar untk knl kpla kain sbb sy bru niaga bundle 🙏🙏

    ReplyDelete