Merupakan salah satu ‘otai’ sebagai pengeluar
jeans yang menggunakan teknik buatan tangan di Jepun. Hampir kesemua
jeans dibuat dari kapas yang terpilih iaitu kapas dari Zimbabwe dan
pencelupan warna di lakukan di Okayama.
Diasaskan pada tahun 1979, denim Studio D’Artisan ini ditenun di Okayama
– seperti diketahui umum dimana Okayama sebagai tempat membuat denim
yang terkenal dengan vintajnya serta denim yang klasik manakala
pembuatan dan jahitan dilakukan di Osaka.
Jeans Studio
D’Artisan diperbuat dari denim mentah (raw denim), tidak di
‘sanforized’. Menggunakan pewarna semulajadi, dipendekkan cerita, Studio
D’Artisan ini merupakan jeans yang memiliki pertukangan yang halus dan
teliti serta merupakan jeans dari Jepun yang menakjubkan.Gambar dua ekor babi menarik jeans dengan tali dijadikan logo bagi Studio D’Artisan tapi bagi model Monster, gambar babi ditukar kepada dua ekor dinasour. Semua patch dibuat menggunakan kulit lembu bukan kulit babi.
Logo dua ekor babi tersebut telah menimbulkan konflik dimana logo Studio D’Artisan menyerupai logo Levi’s Straus & Co. Levi’s Straus & Co telah mengemukan tuntutan mahkamah terhadap Studio D’Artisan terhadap perlanggaran hak cipta itu. Tuntutan itu tidak selesai sehingga kini, sebagai bantahan USA membuat satu sekatan daripada mengimport produk Studio D’Artisan ke negara tersebut.
Pada 1980-an,
pengeluaran denim Studio D’Artisan menjadi semakin popular kerana tidak
menjalani proses cucian yang menggunakan bahan kimia. Patch belakang
jeans yang menggunakan kulit yang diwarnakan indigo menjadi salah satu
kretiviti denim tersebut, tapi sekarang patch kulit tanpa pewarnaan
digunakan pada semua jeans Studio D’Artisan. Sehingga hari ini, Studio
D’Artisan mengekalkan teknik yang sama sebagai iklan kepada produk
mereka ke serata dunia.
Gambar di
bawah salah satu jeans yang paling banyak kesan ‘NEP’ (bintik-bintik
putih snowy) pernah dihasilkan dengan denim seberat 21oz.