Monday, June 23, 2014

Cerita - Samurai - Disebalik keunikan leather patch

Samurai Jeans are a proud Japanese denim brand with a strong history. The brand uses the leather patch on each jean to tell story. Samurai jeans shares the following view concerning the leather patch: The leather jeans patch was originally attached in order to polish the knife of working woodsman and trappers throughout the West. Today it is a denim marketing tool and branding instrument which is a long way from the origins proposed by Samurai Jeans. Kalau kita nak cakap kat bebudak skarang yang kegunaan leather patch kat belakang seluar Made In Japan tuh adalah semata-mata untuk mengasah pisau, parang atau pedang memang mampos kena gelak. Tapi itulah sejarahnya. Gambar kat atas nih cuma sedikit contoh. Ada banyak lagi sebenarnya patch kulit yang unik dikeluarkan/digunakan oleh Samurai Jeans untuk mengkelaskan dan meng-unikkan lagi jeans keluaran mereka.


Contoh leather patch siri model S510XX. Model siri ini bermula dari #0 iaitu yang paling rare/limited dan berterusan sampai #11 iaitu mass produce.

Contoh leather patch siri model S510XX2. Siri model ini mempunyai cutting yang sama dengan model S510XX. Cara nak membezakan cuma pada burung diatas Gunung Fuji ada 2 ekor sama dengan 2 dibelakang siri model. Model siri dan patch sebegini telah diberhentikan produksi sejak tahun 2000. Kalau ada terjumpa tu  belilah sebab di e-Bay boleh cecah sehingga USD3000 sehelai.


Contoh leather patch siri model S510XXX yang memang sudah pupus dan diberhentikan produksi sejak tahun 1999. Biasanya dibahagian Lot# akan dimulakan dengan #0 dan diikuti dengan no bilangan seluar dikeluarkan. Perbezaan paling ketara kat pai tu adalah tiada seekor burung pun terbang di atas Gunung Fuji. Gambar yang Bozzo dapat dari internet ni datang dari model penghujung tahun 1999. Itu pasallah samurai dua orang tuh nampak gemuk sedkit. Trivia - korang semua tahu tak yang samurai dua orang tu akan menjadi lebih gemuk mengikut jenis kain. Yang paling kurus pai di kain 15oz dan paling gemuk di kain 25oz. Hebat!

Contoh leather patch siri model S2000 yang dikeluarkan sempena memperingati waktu perang dan damai atau lebih dikenali dengan nama 'ZERO WAR'. Jika diperhatikan gambar pai diatas kita boleh nampak ada 2 ekor burung yang terbang ditepi Gunung Fuji bukan diatas. Kedudukan bulan juga beralih lebih kekanan. Dan, yang paling ketara adalah 2 orang samurai tu tengan bersalaman tanda pendamaian.

Yang diatas nih satu lagi contoh pai bermotifkan kedamaian atau Zero War untuk model S510AI-OGSP. Model ini lebih istemewa kerana gull poket adalah dilukis bukan jahit. Gambar motif kali ini siap ada kuda sekor. setahu Bozzo jugak untuk model ini di coin poket tiada rivet.

*belum habis cerita. akan diupdate lagi kalau rajin.

No comments:

Post a Comment